Ads Top

Lakaran Taruhan Baru Layla Sania Berkisar Tentang Pasangan Saling Melengkapi

Selepas muncul dengan lagu Que Sera Sera, penyanyi Layla Sania, 18, kini tampil dengan single terbaharu berjudul Lakaran.

Lakaran merupakan lagu ciptaan Megat Fazly yang juga merupakan vokalis kumpulan pop-folk, Mafidz.

“Lagu ini mengisahkan tentang pasangan yang saling melengkapi. Bagi saya lagu ini bukan saja sesuai untuk pasangan kekasih atau pasangan suami isteri tetapi ia juga boleh menggambarkan hubungan sesama rakan dan ahli keluarga.

“Sebagaimana yang digambarkan dalam lirik lagu Lakaran ini, jika seseorang melukis lakaran, pasangannya pula tolong warnakan, mereka saling melengkapi dalam menghasilkan sebuah karya seni yang indah.

“Bagi saya, ibu bapa saya adalah contoh yang terbaik, walaupun Umi dan Walid sangat berbeza sifat dan karakter mereka tetapi perbezaan itu yang melengkapi kekurangan dan kelebihan masing-masing,” kata Layla menceritakan tentang lagu terbaharunya itu.

Lakaran terbitan dan edaran Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan Apple Music. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.