Ads Top

Hina Petugas Hospital, Azwan Ali Didenda RM17,000

Gara-gara memuat naik video menghina petugas Hospital Putrajaya, selebriti popular Azwan Ali telah dijatuhi hukuman denda oleh mahkamah.

Menerusi twitter Bernama, selebriti berkenaan dijatuhi hukuman denda RM17,000 atau enam bulan penjara.

Sebelum ini, pihak hospital berkenaan membuat laporan polis berhubung penularan dua video yang telah menjejaskan imej Hospital Putrajaya dan kredibiliti kakitangan serta para pegawai perubatan dalam mengendalikan Covid-19.

Dalam kenyataan yang dibuat Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr Nora’i Mohd Said berkata, video pertama dipercayai milik seorang selebriti yang mempunyai impak tontonan tinggi.

Video kedua pula adalah dari saluran YouTube, milik seorang lagi selebriti yang memperkatakan dan menyokong isu dibicarakan oleh pemilik selebriti pertama. – Kopiplanet.com

Kredit foto: Twitter Bernama

The post Hina Petugas Hospital, Azwan Ali Didenda RM17,000 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.