Ads Top

Doa Yang Boleh Dibaca Untuk Mengelakkan Koronavirus

Pelbagai langkah berjaga-jaga telah diambil dek tularnya penyakit COVID-19 yang sangat berbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian. Setakat hari ini, angka kematian yang dicatat adalah sebanyak 4719 orang dari seluruh dunia.

Antara langkah penting yang perlu sentiasa diamalkan oleh setiap orang adalah mengelakkan kontak rapat dengan sesama manusia dan sentiasa memakai cecair pembasmi kuman bagi mematikan bakteria-bakteria tersebut. Selain itu, sentiasa memakai topeng muka dengan cara pemakaian yang betul untuk mencegahnya.

Penyakit berjangkit adalah wabak yang berbahaya dan kini ia telah diisytihar sebagai pandemik. Oleh itu, setiap langkah yang disarankan oleh pihak berwajib seperti Kementerian Kesihatan dan kerajaan sendiri perlu diikuti. Yang paling penting adalah jangan panik dan elakkan stigma terhadap golongan yang dikhabarkan mempunyai gejala tersebut.

Maksudnya: “Dari ‘Aisyah, isteri Nabi Muhammad SAW telah memberitahu kepada kami bahawa ia bertanya kepada Rasulullah SAW berkaitan taun. Maka, Baginda menjawab: “Allah turunkan penyakit itu sebagai azab kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah akan menjadikannya sebagai rahmat kepada mereka yang beriman. Tidak ada sesiapa yang terkena taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran daripada Allah dan yakin ia adalah hanya ketetapan ilahi melainkan Allah akan memberinya pahala syahid.” (Hadis Riwayat Bukhari, Kitab al-Tib, hlm. 490)

Antara doa yang diajarkan untuk mengelak dan mencegah diri daripada penyakit serta wabak berjangkit ialah;

اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ Ø£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†َ البَرَصِ، ÙˆَالْجُÙ†ُونِ، ÙˆَالْجُØ°َامِ، ÙˆَÙ…ِÙ†ْ سَÙŠِّئِ الْØ£َسْÙ‚َامِ

Maksud: “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 1554)

Usaha untuk melindungi diri dengan bersifat fizikal seperti memakai topeng muka adalah perlu, begitu juga dengan usaha dari segi rohani. Doa ialah senjata orang mukmin. Disebabkan itu, Islam mengajar manusia untuk berdoa dan mengharapkan Allah melindungi diri kita.

Allah yang menurunkan sesebuah penyakit tersebut. Oleh itu, kita perlu kembali kepada Allah dan meminta agar penyakit ini dihilangkan. Setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya, begitu juga dengan penyakit kecuali mati.

Justeru, amalkan berdoa kepada Allah dan memperbanyakkan zikir serta istighfar supaya Allah melihat kesungguhan kita untuk mengatasi wabak yang diturunkannya.

Wallahu a’alam.




No comments:

Powered by Blogger.