Ads Top

Cecair Pembasmi Kuman Beralkohol Boleh Dibawa Dalam Solat

Menurut kenyataan yang telah dikeluarkan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, cecair pembasmi kuman beralkohol boleh dibawa solat dan hukumnya adalah harus.

Menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, alkohol yang terkandung di dalam cecair tersebut tidak melalui proses pembuatan arak dan hukumnya adalah tidak najis. Walau bagaimanapun, ia adalah haram diminum.

Apa yang diputuskan oleh Muzakarah tersebut menunjukkan bahawa ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.

Menurut pakar kesihatan, alkohol ialah bahan kimia yang terdiri daripada hidrogen, oksigen dan juga karbon. Tekstur alkohol yang asli merupakan sejenis cecair yang mempunyai bau dan warna.

Menurut al-Syeikh Atiyyah Saqar, hukum penggunaan alkohol untuk tempat dan tujuan tertentu adalah dibolehkan kerana sifatnya adalah suci. Majlis Fatwa al-Azhar juga telah berpegang kepada pendapat ulama yang mengatakan bahawa alkohol itu bersifat suci dan tidak najis seperti arak.

Oleh itu, jangan salah faham dengan alkohol yang terdapat di dalam sabun pembasmi kuman sebagai bahan yang haram kerana ia adalah bersifat suci dengan tujuan utamanya adalah untuk merawat dan mencegah kuman.

Menurut penjelasan yang diberikan lagi, ia boleh dibawa ke dalam solat suci dan bertujuan untuk mencegah daripada kuman tersebut terus tersebar untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Oleh itu, setiap daripada manusia mempunyai tanggungjawab ke atas diri sendiri untuk menjaga kesihatan dan berusaha mencegah daripada penyakit berjangkit tersebut dengan mengamalkan perkara-perkara disarankan oleh pihak-pihak kesihatan.




No comments:

Powered by Blogger.