Ads Top

7,000 Dari Jemaah Tabligh Sudah Jalani Saringan Setakat Ini- Men. Kesihatan

SERAMAI 7,000 ahli jemaah tabligh yang menyertai himpunan Ijtima’ Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling baru-baru ini telah tampil untuk jalani pemeriksaan kesihatan setakat hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan wakil jemaah tabligh itu secara tally conference semalam.

“Malam semalam, ketua kepada jemaah tabligh tersebut telah membuat satu rakaman video yang mengeluarkan kenyataan agar menyeru kepada mereka yang terlibat dalam himpunan tersebut supaya tampil.

“Dan hari ini seperti yang kita dapat lihat, ramai yang telah ke klinik-klinik atau ke pusat perubatan untuk membuat saringan,” jelasnya dalam satu sidang media hari ini.

Menurut BERNAMA, 95 dari 125 kes baru yang dicatatkan hari ini merupakan kluster kes perhimpunan Ijtimak Tabligh Masjid Sri Petaling.

Dalam pada itu, Adham menjelaskan, kementeriannya akan menambah bilangan jururawat bagi menambah kapasiti tugasan perubatan.

“Kita akan menambah lebih kurang 830 jururawat baharu (kontrak) ke serata negara dalam masa hari ini.

“Lantikan kontrak adalah selama dua tahun, diambil daripada jururawat KKM yang sebelum ini menuntut di kolej kejururawatan di bawah kementerian tersebut,” katanya.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

The post 7,000 Dari Jemaah Tabligh Sudah Jalani Saringan Setakat Ini- Men. Kesihatan appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.